Pengajaran Dari Sebuah Cinta

Toshinobu Kubota yang biasanya dipanggil Shinji
terpaksa

meninggalkan keluarganya utk mencari kehidupan yang

lebih baik di Amerika. "Di sini keadaannya amat sukar.

Kau adalaah harapan kami" kata si ayah sambil memeluk

anak lelakinya itu sambil mengucapkan selamat tinggal.



Shinji menaiki kapal Atlantik yang menawarkan
pengangkutan

percuma kepada para pemuda yang mahu bekerja sebagai
buruh

penyodok arang batu sebagai imbalan kos pelayaran
selama sebulan.

Kalau Shinji menemui emas di pergunungan Colorado,

keluarganya akan menyusul. Berbulan lamanya Shinji

mengerjakan tanahnya tanpa kenal lelah.

Emas yang tidak besar memberinya penghasilan

yang tidak seberapa tetapi teratur.



Setiap hari ketika pulang ke pondoknya,

Shinji sangat teringin disambut oleh Asaka Matsutoya,

gadis yang diam-diam diminatinya di kampung.

Sepanjang ingatannya keluarga mereka sudah lama

saling mengenali dan sepanjang itulah dia

menyimpan hasrat untuk memperisterikan Asaka.

Senyumnya yang menawan membuatnya menjadi

puteri keluarga Yoshinori Matsutoya yang paling
cantik.



Setiap malam sebelum tidur di kabinnya,

Shinji ingin sekali membelai rambut ikal panjang Asaka

yang perang kemerah-merahan itu. Akhirnya dia mengirim

surat kepada ayahandanya untuk merealisasikan
impiannya itu.

Kira-kira setahun kemudian, sebuah telegram datang
membawa berita.

Yoshinori Matsutoya akan mengirimkan puterinya kepada
Shinji di Amerika.



Anak perempuannya itu akan bekerjasama dengan Shinji

dan membantunya mengembangkan bisnes perlombongan
emas.

Diharapkan selepas setahun, keluarga masing-masing
akan

mampu datang ke Amerika untuk menghadiri majlis
pernikahan mereka.

Hati Shinji sangat bahagia. Dia menghabiskan satu
bulan berikutnya

untuk mengubahsuai pondoknya menjadi tempat tinggal
yang lebih sempurna.



Dia membeli katil sederhana untuk tempat tidurnya di
ruang tamu

dan menata kamar tidurnya agar sesuai untuk seorang
wanita.

Langsir dari bekas karung guni diganti dengan kain
bermotif bunga

dari bekas karung gandum. Di meja sisi tempat tidur,

dia meletakkan pasu berisi bunga-bunga kering yang
dipetiknya di padang
rumput.



Akhirnya, hari yang dinanti telah kunjung tiba.

Dengan membawa seikat bunga daisi segar yang baru
dipetiknya,

di pergi ke stesen keretapi.

Asap mengepul dan roda-roda berderit ketika keretapi

mendekat lalu berhenti. Shinji melihat setiap jendela,

mencari senyum dan rambut ikal Asaka.

Jantungnya berdebar kencang penuh harapan sebelum

tersentak kemudiannya. Bukan Asaaka, tetapi Yumi
Matsutoya,

kakaknya yang turun dari keretapi.



Gadis itu berdiri malu-malu di depannya, matanya
menunduk.

Shinji hanya mampu memandang terpana.

Kemudian dengan tangan gementar dihulurkan jambangan

bunga itu kepada Yumi. "Selamat datang" katanya
perlahan-lahan

sambil matanya menatap nanar. Senyum tipis menghiasi
wajah Yumi yang tidak
cantik.



"Aku senang ketika ayah mengatakan kau ingin aku
datang ke sini" kata Yumi.



"Ayuh! Aku akan membawa begmu" kata Shinji dengan

senyum terpaksa, bersama-sama mereka menuju kereta
kuda.



Sementara Shinji bekerja di lombong, Yumi mencatat

semua kegiatan di lombong. Dalam tempoh enam bulan,

aset mereka telah meningkat sekali ganda.

Masakannya yang lazat dan senyumannya yang tenang

menghiasi pondok itu dengan sentuhan ajaib seorang
wanita.



"Tetapi bukan wanita ini yang aku inginkan" keluh
Shinji di dalam hati,

setiap malam sebelum tidur dengan seribu rasa susah
hati di ruang tamu.



Setahun lamanya Shinji dan Yumi bekerja, bermain dan
tertawa bersama,

tetapi tidak pernah ada ungkapan cinta.

Pernah sekali Yumi mencium pipi Shinji sebelum masuk
ke kamarnya.

Pria itu hanya tersenyum canggung.

Sejak itu, kelihatannya Yumi hanya mampu berpuas hati

dengan jalan-jalan berdua menjelajahi pergunungan atau

sekadar berbual di beranda setelah makan malam.



Pada suatu petang di musim bunga, hujan deras
menyirami punggung bukit,

membuat jalan masuk ke lombong mereka ditenggelami
air.

Shinji mengisi karung-karung pasir untuk dijadikan
benteng.

Badannya basah kuyup tetapi usahanya sia-sia.

Tiba-tiba Yumi muncul di sampingnya, memegang karung
guni yang terbuka.

Shinji mencedok dan memasukkan pasir ke dalamnya,

kemudian dengan tenaga sekuat lelaki,

Yumi melemparkan karung itu ke tepi lalu membuka
karung yang lain.



Berjam-jam bekerja dengan kaki terbenam lumpur
setinggi lutut,

sampai hujan reda. Dengan berpegangan tangan mereka
berjalan pulang ke
pondok.

Sambil menikmati sup panas, Shinji berterima kasih
kepada Yumi.

"Aku takkan dapat menyelamatkan lombong itu tanpamu"



"Sama-sama" gadis itu menjawab sambil tersenyum tenang
seperti biasa,

lalu tanpa berkata-kata dia masuk ke kamarnya.



Beberapa hari kemudian, Shinji menerima sepucuk surat
yang

menyatakan keluarga Matsuyo dan keluarga Kubota akan
tiba minggu berikutnya.

Meskipun berusaha keras menyembunyikannya,

namun jantung Shinji kembali berdebar-debar

seperti dahulu kerana akan bertemu lagi dengan Asaka.

Ketika Asaka muncul di hujung platformnya, Yumi
menoleh kepada Shinji.

"Sambutlah dia" katanya. Shinji berasa kaget, "Apa
maksudmu?"



"Shinji, sudah lama aku tahu bahawa aku bukan

puteri Matsutoya yang kau inginkan.

Aku memperhatikan bagaimana kau bercanda dengan Asaka

pada pesta bunga nan lalu."katanya. Dia mengangguk ke
arah adiknya

yang sedang menuruni tangga kereta.

"Aku tahu bahawa dia bukan aku, yang kau inginkan
menjadi isterimu.."



"Tapi." Yumi meletakkan jarinya pada bibir Shinji.

"Syy.." bisiknya "Aku mencintaimu Shinji.

Aku selalu mencintaimu.

Kerana itu, yang kuinginkan hanya melihatmu bahagia.

Sambutlah adikku," Shinji mengambil tangan Yumi

dari wajahnya dan menggenggamnya.

Ketika Yumi mendongakkan mukanya,

utk pertama kalinya Shinji melihat betapa cantiknya
gadis itu.



Dia ingat ketika mereka berjalan-jalan di padang
rumput,

ingat malam-malam tenang yang mereka nikmati di depan
unggun api,

ingat ketika Yumi membantunya mengisi karung-karung
pasir.

Ketika itulah dia menyedari, apa yang sebenarnya
selama berbulan-bulan tidak
disedarinya.



"Tidak, Yumi. Dikaulah yang kuinginkan"



Shinji merengkuh gadis itu ke dalam pelukannya dan

mengucup dahinya dengan cinta yang tiba-tiba membara
di dalam dadanya.

Keluarga mereka berkerumun dan berseru,

"Kami datang untuk menghadiri pernikahan kalian!"


Cinta sejati tidak akan berakhir dengan penamat

yang menggembirakan kerana cinta yang tulus dan suci
itu

sesungguhnya tidak akan pernah berakhir.

---

No comments: